Sunday 23 September 2012

Subang VS Kota Damn

Assalamualaikum & Hi eberiwan.

Setelah seminggu buang masa makan tidur makan tidur di rumah, aku pun keluar bersosial dengan kawan kawan masa sekolah dulu. Amende ayat cam tunggang langgang ni!! K, taktahu how to open story lets just start without the introduction, shall we? Ngeh.

Nak cerita keterujaan aku jumpa Wal tu, rasanya tak payah kot. Sebab tak teruja sangat pun. Selalu jumpa dia. Ngahaha. But I was so damn/extremely excited nak jumpa my ex-classmate masa form 4 Bakti dulu. Eventhough setahun je sama kelas, sebab lepas tu dia dapat naik kelas atas sikit, which was Arif, but still masa rehat dia akan masuk kelas 5 Bakti tanpa rasa segan-silunya dan komplen macam-macam pasal kelas Arif tu. Tak boleh ngam lah, tak gila-gila lah etc etc. Tu lah, sape suruh kau pandai sangat pekse pun top 3 kan dah kena naik kelas. One thing I love being friend with this boy is because, eh actually banyak sebab aku suka kawan dengan dia ni. But why I love being friend with this chaa is dia tak racist!!! I can call him with lots of names yang boleh dikategorikan sebagai racist tapi dia tak kisah pun. Takkan aku nak tulis pulak kat sini aku panggil dia apa kan. But dia ni sporting. Gila-gila punya sporting. Next is because, dia mampu buat orang lain gelak sampai merah muka, sampai tertonggeng-tonggeng bila dia start ejek cikgu. *Ahh, I miss my schoolhood memories :')

So, yesterday, Saturday September 22nd, Sarvin, Wal and I went to OU kononnya nak buat reunion. Reunion mende 3 orang je. But this macha boy annoyed me when he kept on IM me on Fb cakap, "Rindu kau lah, kau tak rindu aku kerrr?" -______-

So...

Inilah mangkuk   ex-classmate yang aku cakap tu. Meet Sarvinthan Raj!! Siap mesej aku malam sebelum keluar tu. "wei, sok nak jmpe kat mne?ape tema baju kita?purple la er.. <3". Nasib aku tak accident bila baca mesej kau tu kel woi -.-



Wal & Sarvin. Mereka ini sebenarnya adik beradik. Adik beradik yang lain mak bapak. Tengok sama kaaaaaan dari segi muka & kulit. Heeee ~




Hmm, nak tulis apa eh untuk gambar ni? Emm. Aaaa. Emm, the 3 Dalmations, maybe? HAHAHA


After tengok Dredd, which was okay lah for me. Nasib tak tertidur masa tengok tu. Cuma aku annoy gila Si Dredd ni taknak bukak helmet/topeng or whatever you call it dari mula cerita sampai habis. Nak tengok kau ni sape, hensem ke tak asal kuat semacam je blablabla padahal boleh google kan?! Then masa nak hantar Sarvin, tetiba aku rasa nak pusing Seksyen 7 tengok rumah lama aku dulu. Baru masuk first simpang dah jumpa kawan sekolah dah. Arham. Dia pun sengih lebar + eksaited macam dah 100 tahun tak jumpa. Then jumpa Shahrul dan aweknye pulak. Buatkan rasa rindu aku makin menebal pulak KD ni kan.. Then pusing tengok rumah lama, tengok tempat main basikal petang-petang. Sempat jumpa jiran lama, Oden & family! Pastu pusing taman kuning. Teringat masa sekolah rendah dulu aku selalu main kejar-kejar, baling selipar kat taman kuning. AHH, I MISS ALL THOSE! Rasa nak duduk KD balik :( :(

Ni Arham. Classmate masa sekolah rendah dengan sekolah menengah semua ada dia ni.



After pusing area rumah lama, Wal ajak pergi rumah makcik dia pulak. Then hantar Sarvin balik sekali. Rumah makcik Wal ni dulu port ponteng aku. Haaaaa, asal Rabu je mesti aku tak datang sekolah. Account punya pasal. Then hari Khamis je, pagi tu lepak rumah makcik Wal sambung tidur ke tak pun pergi cc kat Seksyen 8 then lepas rehat baru gerak pergi sekolah sebab account sebelum rehat. Macam hantu kan perangai? Nak buat cane, nak elak account & Cikgu Yusra yang garang dan tengah pregnant tu. Nasib time form 5 dia dah baik so aku, Wal, Hafidz pun dah insaf. Lulz.

Wal ada anak buah yang gila comeeeeeel ok! Aku rasa nak amik buat anak sendiri je



Adorable nak mampus Iris dengan Ilhan ni. Dah ah sepet.

Conclusion is, Subang vs. Kota Damansara. For sure aku pilih Kota Damansara.